Sayu: Sedihnya !! Kucing Ini 'Menangis' Atas Kubur Tuannya Yang Telah Meninggal Dunia.







Foto yang viral di laman sosial.








JAKARTA - INDONESIA. Walaupun telah dibawa pulang ke rumah oleh beberapa penduduk, seekor kucing tetap kembali ke kubur tuannya.





Kucing
berkenaan kemudian akan duduk berehat di atas kubur tuannya, kadangkala
berbunyi 'meow' kuat berulang-kali dan kadangkala senyap seribu bahasa.





Kisah
kucing tersebut menjadi viral di laman sosial dan mendapat liputan
antarabangsa selepas didedahkan oleh seorang pelayar, Keningau Prayitno.





Difahamkan,
Keningau sendiri cuba membawa kucing tersebut pulang ke rumahnya, tapi
binatang berkenaan tetap berpatah balik ke kubur tuannya.





Beneran mas ... pernah sekali saya mahu bawa pulang..tapi gak mau .. "kata Keningau dipetik laporan Sriwijaya Post.





'Ibu Kundari' tertulis atas batu nisan kubur yang menjadi tempat 'lepak' kucing berkenaan.





Sriwijaya
Post mengatakan Kundari dan suaminya sering memberi makan kepada kucing
tersebut ketika pasangan berkenaan masih hidup.





Kisah kucing
malang tersebut disamakan dengan kisah anjing bernama Hachiko, yang
setia menunggu tuannya yang tidak kembali di sebuah stesen kereta api.





Kisah
Hachiko kemudian menjadi filem animasi Jepun, diadaptasi oleh
Hollywood, malah sebuah patung anjing 'Hachiko' juga dibina di stesen
kereta api berkenaan.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post