Kecewa CL bagi makan sup hotdog
Hal ini samalah seperti perkongsian dari pengguna Twitter dikenali sebagai @thenaddynadd apabila berkongsi momen sewaktu bapa mentuanya sendiri menghantar makanan pantang selepas dia berasa kecewa dengan hidangan yang diberi oleh CL yang menjaganya.
Hantar siap letak atas meja tau
Lebih membuatkan ramai terharu dengan perkongsian yang dibuat Nadia adalah bapa mentua turut meletakkan makanan yang sudah siap dimasak di atas meja makan.
Had a bad pantang experience with that cl tapi my in law make it up to me.
Here’s my fil sending food for a hungry mother (me) ❤️ pic.twitter.com/jSppowRe9x — Nadd | Kurnia (@thenaddynadd) May 31, 2023
Seronoknya mentua macam ni!
Keprihatinan keluarga mentua Nadia telah menghadirkan pelbagai komen positif apabila ramai yang memuji tindakan tersebut. Mereka juga merasakan wanita berkenaan begitu bertuah kerana mempunyai mentua yang sangat menghargai menantu termasuklah menjaganya sewaktu sedang berpantang.