“Minta semua doakan..”Mesin tak mampu nak lagi nak me rawat.. Rohana Jalil makin tenat..

KUMAN SUDAH MEREBAK – ROHANA JALIL MAKIN TENAT, SEMUA MESIN PERUBATAN TIDAK MAMPU LAGI RAWATNYA




“Keadaan dia sangat lemah tetapi masih stabil. Kebocoran usus yang dialaminya masih belum sembuh lagi. Sekarang ini doktor tidak boleh buat apa-apa kerana keadaan Rohana terlalu lemah dan kalau nak buat prosedur rawatan seterusnya pun agak susah. Rohana tak boleh makan atau minum dan hanya bergantung kepada antibiotik untuk sembuhkan usus yang bocor itu.

“Dia sudah tidak boleh dirawat di ICU kerana penggunaan mesin-mesin rawatan semuanya tidak lagi memberi kesan terhadapnya. Disebabkan usus telah bocor, kuman-kuman semua telah menyerang ke organ-organ seperti paru-paru dan buah pinggang. Apabila kuman dah merebak ke organ utama, doktor berkata ada potensi untuk berhenti pada bila-bila masa kerana dia pun sudah tidak kuat untuk melawan penyakitnya itu.”

Itulah jelas pengurus kepada Rohana Jalil yang mahu dikenali sebagai Jepun, dimana dia memaklumkan, penyanyi itu berada dalam keadaan stabil, namun keadaan tubuhnya dilaporkan terlalu lemah dan masih memerlukan pemantauan pakar, selepas disahkan mengalami kebocoran usus.

Sejak April lalu, Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, telah menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor, selepas dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU hospital terbabit akibat mengalami kebocoran usus.

Tambah Jepun lagi, sebelum ini pihak hospital menyarankan agar Rohana tidak menerima pelawat selain ahli keluarga bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman. Bagaimanapun, melihatkan keadaan Rohana yang semakin tenat, penyanyi itu dibenarkan untuk menerima pelawat.

“Tapi melihatkan keadaannya sekarang, saya sudah mula meminta rakan-rakan baiknya untuk datang melawat. Cuma saya mohon maaf kerana tidak boleh beri izin untuk semua datang melawat kerana terlalu ramai. Jadi, mana-mana rakan artis yang baik dengan Rohana, mereka boleh datang melawat,” katanya.

Sementara itu, Jepun turut berkongsi punca sebenar masalah kesihatan yang dialami penyanyi lagu ‘Rayuanku’ itu yang pernah menjalani pembedahan bariatrik dua tahun lalu bagi merawat masalah gastrik. Rawatan itu dibuat susulan mendapat khidmat nasihat daripada doktor, namun semuanya
bertukar menjadi lebih rumit akibat kesan yang dialami pada usus.


“Doktor mencadangkan agar Rohana melakukan pembedahan bariatrik dan katanya dengan melakukan prosedur ini dapat menghilangkan sakit gastriknya. Cuma kesilapannya apabila doktor tidak memberitahu kami keadaan usus Rohana selepas melakukan pembedahan itu. Doktor hanya memberitahu usus ada luka dan kemerah-merahan tapi doktor tidak
memaklumkan sebenarnya ia sudah menjadi teruk,” tuturnya.


Dalam pada itu, Jepun berkata, selaku pengurus yang telah menjaga Rohana selama 20 tahun, dia meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak hospital kerana tidak memaklumkan perkara sebenar kepada mereka. Sebaliknya jelas Jepun, doktor itu hanya memberikan ubat antibiotik bagi merawat usus Rohana dan melakukan rawatan susulan tanpa diminta untuk merujuk ke hospital pakar.

“Pihak hospital memberikan ubat antibiotik dan katanya Rohana akan sembuh. Sebagai
pesakit, kami percaya dengan nasihat doktor itu dan ikut saja seperti yang disarankan. Tetapi sebenarnya ia langsung tidak membantu. Sepatutnya dia sebagai pakar perut menasihatkan kami untuk merujuk kepada doktor pakar. Namun, dia ambil tindakan sendiri dan meneruskan dengan rawatan susulan yang mana tidak juga memberikan kesembuhan kepada Rohana,” tuturnya.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post