“Tahniah Puteri Sarah Datin Patimah dah bagi greenlight..” Puteri Sarah bakal nikah pilihan hati?.. Yusof Haslam dedah ini pilihan Puteri Sarah..

“Tahniah Puteri Sarah Datin Patimah dah bagi greenlight..” Puteri Sarah bakal nikah pilihan hati?.. Yusof Haslam dedah ini pilihan Puteri Sarah..




YUSOF HASLAM HARAP PUTERI SARAH KECAPI BAHAGIA JIKA BERTEMU DENGAN LELAKI LAIN

“Saya tidak mempunyai masalah jika dia (Puteri Sarah) bertemu dengan lelaki lain. Jika ditakdirkan dia kembali semua (dengan Syamsul), Alhamdulillah. Tetapi, jika dia tidak kembali, dan bertemu dengan lelaki lain, saya berharap agar dia bertemu dengan seseorang yang boleh memberikannya kebahagiaan.Kita semua manusia dan manusia berhak untuk mengecap rasa bahagia.

“Lagipun, hubungan kami masih baik. Anak-anak dia adalah cucu saya,” kata pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam yang tidak melarang jika bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana bertemu dan menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain selepas pelakon itu bercerai dengan anaknya, Syamsul Yusof baru-baru ini.

Tambah Yusof, isterinya iaitu Datin Patimah Ismail juga memahami seandainya Puteri Sarah memiliki seseorang yang baharu dalam hidupnya.

“Datin Alhamdulillah tiada masalah. Datin sendiri cakap dengan saya, yang kalaulah dia (Sarah) berkahwin lain, biarlah dia cari kebahagian. Sebab isteri kata, dia sebagai

seorang perempuan faham dengan situasi yang berlaku,” jelasnya.

Sementara itu, Yusof turut berkongsi mengenai rahsia keunggulan rumah tangganya dengan Patimah yang kini mencecah angka 40 tahun, dimana katanya, apa yang penting adalah sifat memujuk yang perlu ada dalam diri seorang suami.

“Kalaulah isteri merajuk, kita kena tahu pujuk. Perkahwinan banyak cabaran, justeru, kita

sebagai iman dalam keluarga, kita kena pujuk isteri kita. Tak rugi kalau kita berdamai

dengan isteri.Syafiq pun begitu. Kalau isteri dia merajuk dia akan pujuk. Saya sendiri suka memujuk selepas melihat ayah saya memujuk emak saya ketika emak merajuk. Alhamdulillah, antara sebab kita kekal selama 40 tahun,” ujar Yusof
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post