Tk beri tahu Anak tentang kemalangan, DSV kongsi keadaan terkini

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida berkongsi detik cemas apabila kenderaan jenis Toyota Vellfire miliknya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor pada Isnin lalu.



Menceritakan detik cemas itu, Vida atau Hasmiza Othman, 52, berkata, punca kemalangan itu disebabkan sebuah kereta tiba-tiba menukar lorong tanpa memberikan signal membuatkan pemandunya gagal mengelak.

Kemalangan itu katanya turut melibatkan tiga buah kenderaan lain namun kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kenderaan masing-masing rosak akibat dilanggar. “Sewaktu itu ada penyelenggaraan jalan dan terdapat kon pada pembahagi jalan. Secara tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu seorang wanita membelok ke kiri tanpa memberikan signal.



Vida syukur terselamat dalam kemalangan I yang turut melibatkan tiga kenderaan lain.
“Malah kereta itu juga brek secara mengejut dan menyebabkan kereta di depan kami juga brek mengejut.

“Saya Iangsung tidak keluar daripada kereta sebab takut jadi bergaduh pula. Mereka pun tidak tahu kemalangan itu melibatkan saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Vida berkata, kejadian yang berlaku sekitar pukul 12 tengah hari itu turut membuatkan dia tercampak daripada tempuk duduknya di bahagian belakang kenderaan.

Sumber : mstar
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post