Tinggal beberapa hari je lagi, pelawak Shuib dan tunangnya Watie akan disatukan sebagai suami isteri. Sebelum majlis akad nikah, Watie difahamkan sudah menganjurkan majlis khatam al-Quran dan berinai.
Terbaru, tular pula video menunjukkan rakan-rakan baik Watie mambuat kejutan parti bujang (bachelorette party) untuk meraikan hari-hari terakhir Watie sebelum bergelar isteri.
Iyalah bila dengan kawan baik macam-macam perangai yang keluar kan? Tapi lain pula dengan penerimaan netizen apabila mereka terkejut melihat situasi itu.
Di ruangan komen, netizen mempersoalkan sikap malu-malu yang ditunjukkan Watie ketika muncul di program Meletop tempoh hari.
Ada juga pengikut yang sudah mengenali Watie mempertahankannya dengan berkata Watie memang begitu dari sebelum berkenalan dengan Shuib.
Apa-apa pun kita doa yang terbaik jelah.
Sumber : ohmedia