Sweet Sungguh Cara Ubai Melamar Shila Hamzah, Macam Cinta Pandang Pertama!

Antara pasangan selebriti yang sedang bahagia ketika ini ialah pasangan tunang, Shila Amzah dan juga Ubai.



Minggu lepas Shila Amzah dah pun sah bergelar tunang kepada Ubai dalam satu majlis yang dijalankan secara tertutup, hanya dihadiri ahli keluarga saja.

Dari rancangan, kemungkinan mereka akan akhiri zaman solo mereka pada tahun ini juga namun masih lagi belum ada ketetapan lagi.

Hari ini, Ubai telah mendedahkan bagaimana caranya dia melamar Shila Amzah untuk menjadi suri hati nya.

Ubai, 25 tahun, telah muatnaik satu video, yang mana dia membuat satu kejutan istimewa kepada Shila Amzah.

Satu makan malam khas yang amat romantik diusahakan oleh Ubai dengan kerjasama Sugar Surprise.

Kedua mereka memakai baju putih dan telah pergi makan malam berdepan dengan sebuah tasik, di Sunway Lagoon.

Hiasan yang istimewa disusun di sekitar meja makan khas mereka berdua, dengan taburan lilin dan juga kelopak bunga berwarna merah.

Saat paling ditunggu ialah apabila satu rentangan kain diturunkan dari jambatan gantung, yang bertanya soalan will you marry me, Sha.

Shila Amzah yang melihat rentangan kain itu, terus terkejut sambil tersenyum dan Ubai lantas menunjukkan cincin kepada Shila.

Penyanyi berumur 33 tahun itu, kemudian bersetuju sebelum menyarungkan cincin ke jari.

Tanpa berlengah lagi, mari tonton video detik Ubai melamar Shila Amzah.



Selepas selesai makan malam bersama, Ubai membawa Shila Amzah menaikki sampan berdayung di tasik berkenaan.

Kemudian mereka akhiri detik sejarah berkenaan dengan percikan bunga api.

Amacam memang sweet habis kan Ubai ni, patutlah Shila Amzah terpikat.

Ini komen dari Shila Amzah: “True gentleman masih lagu wujud, dalam diri kamu, dia bertemu haven.”

Tahniah buat Shila Amzah dan juga Ubai.

Sumber: news-tel


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post