Tapak kaki terkoyak, kulit badan rasa terbakar, Zul Ariffin puas tunai ibadah haji

Tapak kaki terkoyak, kulit badan rasa terbakar, Zul Ariffin puas tunai ibadah haji


Ibadah haji yang dilaksanakan sebahagian umat Islam di Malaysia sudah menghampiri penghujungnya apabila mereka telahpun selesai melaksanakan semua rukun haji.




Hampir selesai ibadah haji

Begitu juga dengan selebriti terkenal, Zul Ariffin apabila berkongsi momen ketika melontar jamrah di Instagramnya serta penampilan terkini dengan potongan rambut botak selepas bertahallul.

Sudah bertahallul, rambut telah dicukur

LIHAT VIDEO DISINI




Puas laksana ibadah

Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Itu telah berkongsi satu ciapan mengatakan yang dirinya puas dan sangat bersyukur dapat menunaikan ibadah haji walaupun kakinya terkoyak serta kulit badannya terbakar disebabkan cuaca yang agak panas di Kota Suci.



Ucap salam Aidiladha dari Kota Suci


Dia juga sempat mengucapkan salam Aidiladha kepada semua memandangkan rakyat Malaysia bakal menyambutnya pada hari esok.

Bakal sandang gelaran Tuan Haji


Susulan daripada itu, ramai yang meninggalkan komen dengan tumpang gembira dan bersyukur kerana pelakon berkenaan bakal bergelar ‘Tuan Haji’ apabila selesai beribadah disana.

Dalam pada itu mereka juga mendoakan agar Zul Ariffin mendapat haji yang mabrur dan turut mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada selebriti tersebut.



Semoga mendapat haji mabrur



Syukur semua urusan berjalan lancar

Untuk rekod, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin telah berangkat ke Tanah Suci pada 10 Jun lalu dan hampir tiga minggu di sana.

Dia yang sudah beberapa kali mengerjakan ibadah umrah turut banyak menghabiskan masa di Mekah memandangkan mempunyai urusan pekerjaan disana sejak awal tahun ini.

Sumber: Instagram Zul Ariffin, Twitter Zul Ariffin



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post