[Video] " Saya Kecik Je Bang..” – Lebih Had, Budak U Tercengang Abang E-Hailing Halau Keluar Kereta




Selain perkhidmatan awam seperti bas dan lrt, perkhidmatan seperti e-hailing turut memudahkan urusan seharian. 

 Apabila nak kemana-mana, pesan je e-hailing dan korang akan dibawa ke tempat yang dituju. Tapi, sebagai penumpang korang pun kenalah ikut peraturan juga. 



Jangan main bedal je! Seperti video viral di media sosial ini, pelajar universiti dihalau keluar daripada kenderaan selepas bilangan mereka melebihi had.
@safrah699 budak2 UM ni mana boleh nak msk 6 orng dlm keta kan dh kena cancel dkt university belajar apa benda basic pun tak tahu.. #ehailing ♬ original sound - safrah699
Kereta yang sepatutnya masuk 4 penumpang sahaja, tiba-tiba dimuatkan 5 orang penumpang menyebabkan pemandu e-hailing tegur. 

 Pada awalnya mereka buat tak endah siap cakap, ‘muat’ kerana saiz badan mereka kecil sahaja. Pemandu e-hailing bertindak tegas membatalkan pesanan itu dan mengarahkan mereka turun segera. 

Setakat ini, video perkongsian telah mendapat lebih 2.5 juta tontonan dan ribuan komen. Rata-rata mengecam tindakan pelajar universiti yang enggan menempah kereta yang lebih besar sesuai dengan bilangan mereka. 





 Aduh, takkan tak tahu peraturan kot kan? Semoga video viral ini dijadikan pengajaran buat semua. Kredit: TikTok @safrah699
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post