“SAYA block WhatsApp anak sebab bekas isteri menggunakan nombor tersebut untuk ‘serang’ saya”
Demikian kata personaliti media sosial, Azlee Abd Aziz atau Iebih dikenali sebagai Boss Kay ketika menjawab tuduhan yang dilemparkan bekas isteri pertamanya, yang mendakwa dia menyekat nombor telefon sehingga gagal dihubungi oleh anak.
Menerusi video yang dimuat naik wanita bernama Nooraini Noni pada malam Rabu, kelihatan anak Ielakinya menangis dipercayai kerana merindui si bapa.
Kanak-kanak tersebut dilihat memegang telefon bimbit dan berkali-kali mencuba menghubungi bapanya sambil mengesat air mata.
Tangkap layar (screenshot) daripada video yang dimuat naik bekas isteri pertama Boss Kay di TkTok.
Turut kedengaran di dalam video berkenaan, Nooraini menjelaskan kepada anaknya mengapa talian si bapa gagal dihubungi.
Menjawab lebih lanjut mengenai isu tersebut, Boss Kay berkata dia sering berhubung dengan anak sulungnya, Akasya, sehinggalah terpaksa mengambil tindakan menyekat nombor kanak-kanak itu minggu lalu kerana ‘disalahgunakan’ oleh bekas isteri pertamanya.
“Sebenarnya saya block nombor ibunya dahulu sebab kurang ajar, malah buat ugutan dan sebagainya. Saya malas nak bergaduh.
“Sebelum itu, saya letak dua syarat untuk bertemu dengan anak-anak. Pertama, jangan sebar aib dan jangan cakap soal saya di media sosial selama dua bulan.
“Jika dia ikut syarat itu, saya akan berjumpa dengan anak. Tapi dia tak ikut syarat itu malah terus menyebar macam-macam sehingga menggunakan anak sebagai content untuk viral.
“Dia tuduh saya tak nak jumps anak sedangkan ketika itu nombor anak belumpun saya block. Hubungan saya dengan anak baik saja. Tapi bila dia guns nombor anak untuk serang saya, saya terpaksa block,” jelasnya ketika dihubungi mStar.
Dia juga menambah, dirinya Iangsung tidak terkejut apabila mengetahui video terbaharu anaknya itu dimuat naik di laman TkTok.
“Saya tak terkejut sebab dah tahu perangai bekas isteri pertama mahupun bekas isteri kedua. Allah tunjukkan perangai kedua-duanya suka manipulasi.
“Saya tahu, dua-dua berpakat untuk menggunakan anak-anak untuk jejaskan reputasi saya. Mereka ni buat bisnes. Tapi bila content bisnes tak jalan, mereka guna anak-anaklah.
“Saya hanya bimbangkan emosi anak-anak saya saya. Tolonglah jadi ibu yang bertanggungjawab. Jangan malukan anak dan keturunan dengan cara ini untuk meraih simpati” ujarnya lagi.
Tambah Boss Kay, dia masih menahan sabar dan enggan memburukkan keadaan dengan membuat ‘serangan balas’ di media sosial meskipun ‘ditikam dari belakang’ sejak 2021.
Sumber : mstar