(Video) “Amboi bukan main soalan tu…” Gelagat Aafiyah Bersama Pembantunya Cuit Hati Ramai
Baru–baru ini, menjadi bualan ramai apabila Tokti dan keluarga bercuti ke Genting Highland sempena sambutan hari lahir Aafiyah yang kelima.
Momen kejutan hari ulang tahun oleh ayahnya iaitu Datuk Seri Khalid Jiwa di sebuah resort di sana dikongsikan oleh Tokti ke laman sosialnya sebagai kenangan.
Anak perempuan sulung kepada penyanyi dan usahawan terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti, iaitu Siti Aafiyah sering menjadi perhatian ramai.
Terbaru, perkongsian mengenai anak Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram salah seorang peminatnya sekali lagi menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, anaknya yang sedang berbual bersama pembantunya bertanyakan soalan yang mencuit hati.
“Kak Izah nanti nak buat competition ke, nak buat konsert?” tanya anak Datuk Seri Siti Nurhaliza kepada pembantunya.
“Tak lah ibu je yang buat konsert,” ujar pembantunya sambil ketawa.
“Amboi soalan dia ni,”tulis individu tersebut.
Komen Netizen:
Sumber:Berita Ekspres