[VIDEO] Netizen Terubat Rindu Lihat Wajah Tular Kanak-Kanak Perempuan Mirip Arwah Siti Sarah

Tular baru-baru ini video seorang kanak-kanak yang dikatakan bagai pelanduk dua serupa dengan penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.




‘Sebak hati’


Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berbaju oren dan berhijab yang dikatakan wajahnya saling tak tumpah seperti arwah Siti Sarah terutama pada senyuman manisnya.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut tidak diketahui identitinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak dan apabila mereka melihat rupa kanak-kanak tersebut sedikit sebanyak telah terubat kerinduan terhadap pelantun lagu Kesetiaan itu.

Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki iaitu Ayash Affan ketika kandungannya berusia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post