Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktor yang berusia 56 tahun itu di laman Instagramnya, dia mendedahkan program tersebut merupakan terbitan di bawah syarikatnya sendiri iaitu Suhan Channel.
Tujuan dan syarat pertandingan
Tujuan pertandingan tersebut diadakan bagi meraikan keindahan, kesenian dan kepentingan azan yang biasa dilaungkan ketika masuknya waktu solat.
Memandangkan pertandingan tersebut diadakan menerusi platform media sosial, peserta perlu memuat naik video laungan azan dalam beberapa platform seperti TikTok, Facebook atau Instagram.
Difahamkan, penyertaan tersebut dibuka kepada lelaki warganegara Malaysia kepada tiga kategori iaitu dewasa, remaja, serta kanak-kanak. Namun, individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut seperti bilal surau dan masjid tidak dibenarkan.
Hadiah menarik ditawarkan
“Hadiah keseluruhan berjumlah RM110,000 dan pakej Umrah! Baca juga terma dan syarat sebab ramai yang tanya kat aku.. Tak sempat nak balas satu-satu,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan tidak mahu melepaskan peluang bagi menyertai pertandingan tersebut.
Sumber: Instagram @Rosyam Nor