Alif Satar Tak sanggup nak berjauhan , bawa isteri dan anak2 menetap di Langkawi

Tak sanggup nak berjauhan , Alif Satar bawa isteri dan anak-anak menetap di Langkawi


Pelakon Alif Satar mengambil keputusan membawa isteri dan anak-anak menetap di Langkawi selama sebulan kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga, bagi menjayakan penggambaran filem Pulau.



“Bila pengarah telefon dan beritahu ada cerita seram tajuk Pulau dan Alif bersyukurlah sebab ada job.

“Tetapi dia cakap penggambaran di Langkawi selama sebulan. Akhirnya saya buat keputusan untuk ajak sekali isteri dengan anak-anak duduk di Langkawi sepanjang saya lakukan penggambaran,” katanya kepada mStar.

peranginan berkenaan, dia terus membuat keputusan membawa keluarga untuk menemaninya.



Dalam pada itu, Alif berkata, dia dan The Locos diberi kepercayaan oleh peng4rah untuk menyanyikan runut bunyi bagi filem berkenaan.

“Peng4rah cakap kita perlu kan lagu sendiri untuk filem Pulau. Jadi dia minta Alif dan The Locos untuk menyanyikannya.

“Lagu itu hasil kerjasama dengan Universal Music Malaysia dan lirik bukan kami yang tulis,” katanya.

Selain Alif, filem Pulau itu turut menampilkan barisan pelak0n Amelia Henderson, Alexander Henderson, Wan Hanafi Su dan Ms Puiyi dan bakal ditayangkan dipawagam pada 9 Mac nanti.

Alif merupakan watak utama bagi filem Pulau

Alif berkata demikian ketika ditemui di sidang media filem Pulau yang diadakan di Concourse, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Alif and The Locos menyanyikan runut bunyi Pulau

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Dia Semanis Honey itu memberitahu dia kini sibuk membuat persiapan untuk pentas akhir Anugerah Juara Lagu 37.

Kata Alif, dia sedikit gementar kerana penamilannya kali ini bukan sebagai seorang pengacara tetapi finalis bersama kumpulan The Locos.

Alif and The Locos bertanding dengan lagu Anugerah Terindah pada AJL 37

“Sekarang rasanya baru 50 peratus persiapan yang siap. Tekanan ada sebab kami nak berikan yang terbaik buat peminat dan ini adalah kali pertama Alif berada di atas pentas sebagai sebuah kumpulan.




“Kami ada hadiah untuk peminat yang sentiasa menyokong Alif Satar dengan karya dan perniaagaannya lagi. Jadi saya nak bagi yang terbaik buat semua peminat,” katanya.

Alif Satar and The Locos tersenarai antara 12 finalis yang bakal berentap di pentas kemuncak Anugerah Juara Lagu 37 dengan lagu Anugerah Terindah yang akan berlangsung pada 12 Februari ini.

Komen Netizen:

Jaidi Omar Jo
Artis yg perlu dicontohi.. semoga berbahagia selalu..

Azlie Momalia Azlie Momalia
alif satar so far artis yg bersih dr kontroversi yg kuban2.. alhamdulillah jd suami dan bapa yg baik ❤️

Ted Teddy
Boleh laaa ajak bini nge anok2 try buat aktiviti cari Beronok kt pantai tu 🤭 Kalau musim die la

Roslinda Rosli
Alhamdulillah, contoh terbaik untuk artis2 ya, klau pjj kang ada je isu2 menyondol kan so lebih baik hang pa bawak pasangan masing2, aliff nie budak baik…

Bia Zara Zara
Alhamdulilah rezeki anda dapat suami yg terbaik semoga keluarga anda di lindungi Allah dari segala dugaan

Salmah Sal
Betul tu Suzy Lajawai. InsyaAllah Semoga sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat Allah. Aamiin YaRaabalAlamin

Asran Resun
sejak alif menang gv, rezeki makin melimpah ruah..

Mariam Osman
jaga2 admin, jgn siar byk sgt manis2 dlm rumah tangga org.ramai wanita impikan sorg suami atau pasangan hidup mcm alif satar ni…😜😜 jgn jd punca 🤣

Mdhadafi Muhammad
Abistu ? Kita semua nak kena mengelabah bewak ke gaiss … Jappp,nak tebok sabon duluu,ahhhh fak

Suhaizat Abu Hassan
Suami terbaik semoga bahagia till jannah Aamiin.

Ahmad Isa Isa
Anak tak sekolah lagi…. Bolehlah😂

Yusry Hydrus
Mase Pegambaran Pulau lah kan🤭☺️

Ieda Manda
Bguih. Skong 900%. Semoga bhgia hngga ke jannah. Aamin…sya suka Artis yg xblakangkan fmly bila dah top ,.

Khaironie Felanie
Berangan lah

Mohd Fuzi Mat
Alhamdulillah . Jgn nanti sebok pula mcm artis artis lain tu .

Wan Hisyam
Pastu apa masalahnya

Sumber: mStar
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post