Pasangan Syafiq Kyle Dan Mimi Lana sepatutnya nikah pada Sabtu (18 Ogos) tetapi tak jadi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.
Pelakon utama drama Perempuan Itu berharap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi dan semoga apa yang dirasakan buruk pada mereka adalah indah di dunia dan akhirat kelak.
Semoga Allah SWT kurniakan kami kekuatan untuk terus kuat ke hadapan.
Di ruangan komen, rakan selebriti dan pengikut mendoakan yang terbaik buat Mimi Lana dan Syafiq Kyle. Fazura meninggalkan komen, “Kakak loves you sayang. Always here for you. Stay strong.. peluk cium.”
Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin tak mengulas lanjut mengenai punca sebenar majlis nikah batal termasuk status hubungannya dengan Syafiq.
Di Instagram, Mimi Lana memuat naik hantaran memohon semoga Allah SWT permudahkan urusan mereka, dan semoga Allah SWT memberikan kesabaran kepada mereka untuk menempuhi ujian serta menjadikan mereka Muslim yang lebih baik.
Ibu kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman terpaksa bersuara selepas ada dakwaan mengatakan anak lelakinya dan Mimi Lana sudahpun bernikah pada malam Jumaat.
Rohaya menafikan dakwaan itu dan enggan mengulas apa-apa tentang keputusan mereka membatalkan majlis pernikahan di saat akhir.
Ish, tidaklah mana ada nikah malam ni. Saya rasa lebih baik tanya sendiri kepada Syafiq dan Mimi.
Saya tiada komen tentang pembatalan pernikahan mereka. Saya minta maaf, saya tidak boleh beri sebarang komen.
Apapun, kita nantikan penjelasan daripada Syafiq dan Mimi tentang perkara ini samaada majlis ditangguhkan untuk satu tarikh lain atau sebaliknya. Doakan yang baik-baik.
Sumber :ohmedla
Kuala Lumpur: Pengurus kepada pelakon, Mimi Lana iaitu Iman Tang menafikan khabar angin yang mendakwa majlis pernikahan Mimi dengan Syafiq Kyle diawalkan seminggu dan berlangsung malam tadi.
Iman ketika dihubungi berkata, pembatalan majlis pernikahan itu disebabkan kekangan kerja Mimi yang kini terikat dengan satu penggambaran drama.
“Bukan malam ini. Tak percaya pergilah di Puncak Rimba, Bentong, Pahang (lokasi pernikahan) sekarang. Apa yang boleh saya kongsi satu tarikh baharu akan dimaklumkan nanti,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, malam tadi.
Menurut Iman, pembatalan majlis pernikahan pasangan itu yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos ini juga bukan disebabkan pasangan itu menghadapi krisis peribadi.
“Saya ingin tegaskan hubungan mereka baik-baik saja. Pembatalan dibuat kerana Mimi terikat dengan jadual penggambaran, selain terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.
“Apapun doakan yang terbaik buat pasangan ini. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya,” katanya.
Terdahulu, tular mesej yang memaklumkan majlis pernikahan pasangan pelakon filem Pusaka itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan.