SUAMI kepada aktres Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad meninggal dunia pada malam Ahad.
Perkara itu disahkan oleh aktres berkenaan dalam satu hantaran di media sosial miliknya.
Nonis, 54, berkata, jenazah suaminya akan dimandikan dan disembahyangkan di masjid Mustaqim, Ampang Selangor pukul 8.30 pagi Isnin sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk dikebumikan.
Allahyarham yang berusia 60 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 10.16 malam di sebuah hospital swasta pada Ahad akibat serangan angin ahmar.
Sheikh sebelum ini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) selama 34 hari.
Jadikan banglo mewah tepi sungai sebagai pusat tahfiz, ini kisah Sheikh Nordin, bapa mertua MK K-Clique
Sebut sahaja rumah agam, pastinya persoalan yang bermain di fikiran anda siapakah pemiliknya bukan?
Bukan sahaja itu, setiap rumah agam mempunyai keunikannya yang tersendiri di samping keluasan yang tidak masuk akal.
Rata-rata rumah ini didiami oleh golongan yang ‘berada’ atau kaum kerabat. Namun berbeza dengan rumah agam satu ini yang dibina oleh seorang hartawan, Sheikh Nordin.
Mungkin anda tidak terfikir siapakah yang mendiaminya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Syahril A. Kadir di bawah.
Kisah Sheikh Nordin, Mertua MK dan Rumah Mewah di Pinggir Sungai.
Baru-baru ini penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, MK bergelar suami kepada Siti Hajaar Syeikh Nordin. Tahniah kepada pasangan muda ini.
Saya secara peribadi merasakan MK sangat bertuah kerana bukan sahaja memiliki isteri yang cantik dan lemah lembut, tetapi menjadi menantu kepada seorang hartawan yang cukup humble, Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.
Syeikh Nordin adalah anak jati Kuala Krau, Temerloh, Pahang yang banyak menyumbang kepada kerja-kerja dakwah termasuk pendidikan.
Kalau anda pernah melalui Jalan Temerloh-Jerantut (kira-kira 30km dari Plaza Tol Temerloh), anda pasti akan terpesona melihat sebuah rumah agam mewah setinggi lima tingkat yang terletak di pinggir sungai dekat Kampung Batu Gading.
Itulah rumah mewah kepunyaan Syeikh Nordin yang kos pembinaannya mencecah jutaan ringgit. Ia dikenali sebagai ‘Dato’ Syeikh Residences’.
Keunikan rumah Syeikh Nordin yang diinspirasikan daripada beberapa bangunan yang terdapat di Asia Barat, Turki, China dan Uzbekistan ini membuatkan kerja-kerja pembinaannya mengambil masa hampir lapan tahun untuk disiapkan!