"Alhamdulilah kita doa yg baik2.. " genap 5bulan berkahwin.. Shuib beri bayangan Ada berita gembira..?..



Pasangan suami isteri ini sedang hangat menjadi bualan netizen apabila isteri kepada pelawak dan penyampai radio terkenal Shuib, Watie Hanifiah dikatakan sedang mengandung apabila sebuah video mereka berjaya meraih perhatian orang ramai.

Video pendek yang memaparkan gambar mereka berdua dengan sejambak bunga serta belatarkan lagu romantik, warganet mula membuat spekulasi bahawa Watie telah pun menerima berita gembira bahawa dirinya sedang berbadan dua.

Macam pregnant je Watie.

Ada good news ke tu?

 

Namun begitu, pasangan suami isteri ini masih lagi tidak memberikan sebarang respon berkenaan dakwaan tersebut. Mereka terlihat tidak menafikan mahupun mengiyakan kenyataan berkenaan.

Meskipun begitu, para followers tetap mendoakan kebahagiaan mereka jika betul mereka telah dikurniakan cahaya mata. Ramai pasti Watie akan menjadi seorang ibu yang penyayang dan baik hati jika dilihat caranya melayani anak-anak kepada Shuib dan arwah Siti Sarah.

Sebelum ini, pasangan ini akui anak-anak sering meminta mereka untuk ‘memberikan’ adik baru namun Watie menganggap masa belum sesuai kerana dirinya masih lagi ingin fokus kepada yang sedia ada.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : Instagram

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post