"Jgn dengar org, Jgn biar org lain buat.."- Suami berpoligami, Puteri Sarah beri nasihat ini kpd Aisyah Hijanah.



PELAKON Puteri Sarah Liyana menasihatkan wanita yang di dalam dilema selepas dimadukan agar tidak membuat sebarang keputusan terburu-buru selain boleh mendatangkan mudarat di kemudian hari.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, sebaliknya meminta keputusan yang dibuat berhubung perkahwinan dengan memikirkan kepentingan diri sendiri dan anak-anak.

Tidak hanya itu, pelakon itu juga menasihatkan agar keputusan yang diambil juga bukan disebabkan pandangan atau hasutan orang lain tetapi untuk kebaikan diri sendiri.

Puteri Sarah juga minta wanita tidak mudah mendengar hasutan orang lain dalam membuat keputusan.

"Buat apa yang menggembirakan jika tidak memudaratkan.

"Jangan dengar hasutan orang lain. Jangan biar orang lain buat keputusan tentang kehidupan anda.

"Fikir apa terbaik untuk diri sendiri dan anak-anak. Allah sentiasa ada dengan awak," katanya.

Sarah berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya.

Bekas isteri pengarah Syamsul Yusof itu mengulas perkara tersebut selepas mendapat banyak mesej peribadi dipercayai memintanya meluahkan pendapat berkenaan isu melibatkan pasangan personaliti media sosial Alif Teega dan Aisyah Hijanah.

Alif dan Aisyah menjadi bualan hangat netizen ketika ini.

Ahad lalu, Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, membuat pengakuan dia berpoligami dan penjelasan itu dibuat bagi mengelak timbul fitnah.

Isteri pertamanya, Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 28, pula meminta orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan kedua suaminya itu.

Bagaimanapun sejak itu timbul pelbagai spekulasi berhubung rumah tangga pasangan berkenaan termasuk ahli keluarga mendedahkan Alif pernah mengasari Aisyah

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post