Terlajak perahu boleh diundur, terlajak mulut celupar terimalah akibatnya. Itu kata warganet kepada seorang usahawan berketurunan Kemboja yang teruk diikecam di media sosial baru-baru ini.
Ia gara-gara kenyataan ‘spontan’ atau mungkin dianggap gurauan olehnya menyatakan orang Melayu pemalas berbanding dengan orang Kemboja yang katanya, pandai berniaga.
Menerusi video itu, pemilik gedung tekstil terbabit ditanya sama ada dia merupakan warganegara Kemboja oleh pengguna media sosial dan dia menjawab negara tersebut adalah tempat kelahirannya manakala Malaysia pula tempat dibesarkan.
Macam tu je dia hina orang Melayu pic.twitter.com/tcHdHzSYVA
— Abdul Rani Kulup Fans (@KulupFans) November 18, 2023
Tags:
Isu Semasa