‘KIFARAH…Tuhan Bayar Cash?? ’- Shila dan Syahir hanya sampai ke separuh akhir Famili Duo 3 sahaja



Penyanyi Shila Amzah menyatakan bahawa penyingkiran dirinya dan adiknya, Syahir Amzah, dari program Famili Duo musim ketiga (FD3) pada malam Ahad tidak dilihat sebagai kifarah susulan persengketaan dengan keluarganya.

Shila, atau Nurshahila Amir Amzah, 33, menasihati agar masyarakat menjaga setiap kata-kata yang dilontarkan, kerana bimbang akan berbalik kepada diri sendiri, dan menyatakan bahawa masyarakat tidak berada di tempat yang sesuai untuk membuat penilaian sedemikian.

“Kalau nak kata kifarah atau tidak, pada saya apa yang baik itu semuanya datang daripada Allah. Apa yang buruk itu daripada kita sendiri sebagai hamba-Nya…” – Shila Amzah

“Saya tidak kisah netizen mahu cakap apa kerana mereka tidak berada ditempat kami. Kita kena tahu setiap keluarga itu berbeza…” – Katanya

“Netizen perlu didik hati sendiri untuk lebih menghormati kerana kita tidak tahu sekiranya perkara (buruk) itu berbalik kepada diri kita. Kena jaga mulut daripada percakapan sembarangan…” – Katanya lagi

Shila memberikan perkongsian tersebut selepas konsert separuh akhir FD3 di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

Sementara itu, Syahir menyatakan keluarga mereka, terutama ibu bapanya, masih memberikan sokongan terhadap penglibatan mereka dalam program tersebut. Syahir juga menjadi orang tengah untuk menyampaikan mesej yang diterima daripada keluarga kepada Shila.

Lihat klip video di bawah:

 

Sumber: Instagram

 
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post