"Nik Iruwan adalah yg pertama.." Baru semiggu bergelar isteri, Ramai terkejut Nabila Razali buat pengakuan ini.



PENYANYI Nabila Razali mendedahkan suaminya iaitu Nik Iruwan Nik Izani merupakan cinta pertamanya sepanjang dia melibatkan diri dalam industri seni.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkata, gosip percintaan dengan beberapa selebriti lelaki sebelum ini hanya sekadar mempromosikan lagu dan tidak pernah wujud perasaan istimewa di antara mereka.

"Kalau ada pun saya tak tahulah (perasaan), tapi macam saya sendiri tidak ada yang serius.

Majlis resepsi Nabila dan Nik Iruwan berlangsung meriah di sebuah hotel di Petaling Jaya.

"Berkawan itu ramai tapi tidak bermaksud ada hubungan... Hubungan yang istimewa itu Nik Iruwan adalah yang pertama," katanya kepada mStar.

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis resepsi yang diadakan di Hotel Royale Chulan Damansara pada malam Ahad.

Bercakap mengenai majlis resepsi bertemakan Jawa itu, Nabila memberitahu dia memilih konsep tersebut kerana budaya itu dekat dengan keluarganya.

Apatah lagi kata Nabila, bapanya berketurunan Jawa dan ingin memberi penghormatan kepada budaya yang dengan di hati keluarganya.

"Bagi siapa yang tidak tahu, ayah saya berketurunan Jawa malah dekat rumah pun kadang-kadang kami bercakap dalam bahasa Jawa dengan ayah terutamanya kalau pulang ke kampung.

Hubungan yang istimewa itu Nik Iruwan adalah yang pertama

NABILA RAZALI

PENYANYI

"Jadi untuk kelainan, saya pilih tema Jawa untuk resepsi kali ini memandangkan sebelum ini tampil dengan konsep english garden.

"Memandangkan saya ada keturunan Jawa, jadi saya rasa lebih dekat dan sesuai buat saya dan keluarga," jelasnya.

Pada majlis yang dihadiri 250 tetamu itu turut memperlihatkan Nabila diarak dengan menaiki tandu sejauh kira-kira 100 meter dari pintu masuk ke pelamin.

Nabila dan Nik Iruwan bernikah pada 18 November.

Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan daripada rakan artis seperti Hael Husaini, Aisha Retno, Neeta Manis, Amira Othman Dan Lah Ahmad.

Nabila dan Nik Iruwan, 38, sah bergelar suami isteri pada 18 November lalu di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post