"Saya dan Aisyah sudah mendapat persetujuan.."- Ramai terkejut Alif Teega umum berita ini.



Selepas teruk dikecam netizen, pempengaruh media sosial, Alif Teega tampil meluahkan rasa sedih dan terkilan di Instagram Story.

Mana ada pukul Aisyah

Menerusi hantaran itu, Alif menegaskan dakwaan ‘naik tangan’ terhadap Aisyah Hijanah dan berseronok bersama perempuan lain adalah tuduhan berat.

Tidak akan berdiam diri, Alif, 29, seolah memberi bayangan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sepupu dan juga adik susuan Aisyah iaitu Amirul Adni Rustam.

Assalamualaikum semua. Alif faham ramai yang sedih, marah, kecewa semuanya digaul sekali. Tapi sehingga keluar kata-kata tak baik, menghina paling menyedihkan. Fitnah Alif buat perkara yang bukan-bukan pada Aisyah.

Pukul, berkasar dan lain-lain. Berseronok dengan perempuan lain. Allahurabbi terlalu melampau.

Tak apa, demi Allah saya tak maafkan. Bila dah bermain dengan maruah saya, saya terpaksa untuk ambil tindakan undang-undang walaupun datangnya dari keluarga saya sendiri.

Saya ketua keluarga

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Hazalif Mohd Hazani berkata pengumuman perkahwinan kedua sudah mendapat persetujuan daripada Aisyah.

Justeru, dia memohon agar orang ramai berhenti menyebarkan spekulasi dan fitnah yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Saya dah Aisyah memang bercadang untuk umumkan pernikahan saya ini atas persetujuan. Kami okay, perlahan-lahan terima dan satu-satu Alif dan Aisyah akan uruskan.

Jangan la buat spekulasi atau fitnah bukan-bukan lagi. Doakan yang baik-baik sahaja.

Saya dah urus rumah tangga saya baik-baik. Saya ketua keluarga tapi disebabkan orang lain jadi tambah masalah ya.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian OhBulan!, hantaran itu sudah dipadam selang beberapa minit dikongsikan.

Pada petang Ahad, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan dia sudah bernikah lain. Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

Namun, adik kandung Aisyah tampil mendakwa kakaknya itu pernah dipukul oleh Alif dan sudah menjalinkan hubungan sulit dengan penyondol sejak setahun lalu.

Sumber: Instagram

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post