Sudah Menimang Cucu! Tak Sangka Begini Keadaan Puan Seri Normala Samsudin Di Usia Hampir 60!


Perkongsian bekas pengacara TV3, Puan Seri Normala Samsuddin sempena majlis anakanda kasayangan, Ruhila Ruslan mencuri mata-mata peminat.

Ibu cantik tak dimamah usia ini buat ramai terharu apabila dia dan suami, Tan Sri Azmi halid memohon maaf kepada banyak pihak kerana tidak dapat menjemput ramai ke majlis perkahwinan anak mereka.

Majlis pernikahan Dr Ruhila Ruslan dan jejaka pilihan hatinya, Majid Nazli telah berlangsung di Masjid Bukit Damansara pada Ahad, 3 Januari 2020 lepas. Mengenakan persalinan baju kurung serba putih rekaan Zachrins Jaafar, penampilan mempelai tampak suci dengan solekan manis oleh Warnabilla.

Lembut dan klasik, memang nampak evergreen sepanjang zaman!

Selepas upacara nikah berlangsung, kedua mempelai mengadakan majlis resepsi kecil-kecilan dengan dihadiri keluarga dan kenalan rapat mereka di Glasshouse, Seputeh. Tema garden wedding menjadi pilihan mereka pada hari bersejarah tersebut.

Sama cantik, sama padan. Bagaikan pinang dibelah dua. Begitulah secocoknya pasangan Dr Ruhila dan Majid Nazli ini kala bersanding di pelamin.

 

Timang Cucu, Kini Dah Jadi ‘Tok Mama’

Meninjau di akaun Instagram bekas pengacara Nona, Puan Seri Normala Samsudin telah berkongsi berita gembira baru sahaja menimang seorang cucu lelaki. Kongsi Puan Seri Normala, cucunya itu merupakan anak kepada anak perempuannya, Ruhila.

Menerusi posting lain sebelum ini, Puan Seri Normala turut berkongsi luahan rasa gel1sah menanti saat proses kelahiran cucunya. Puan Seri Normala menitipkan kata-kata doa agar segala urusan bersalin Ruhila akan dipermudahkan.

Selain itu, Puan Seri Normala juga berkongsi beberapa gambar ketika hadir melawat Ruhila setelah selamat bersalin. Memanjat rasa syukur sekali lagi telah menimang cucu dan berterima kasih kepada semua followers yang mendoakan urusan Ruhila.

Jelas dilihat betapa gembira dan bahagianya Puan Seri Normala dalam gambar yang dikongsikan kerana dapat bergambar dengan cucu lelakinya.

Untuk info, Normala Samsudin berkhidmat sebagai penyampai berita Buletin Utama selain menjadi pengacara Nona yang dihoskannya dari 2001 hingga 2004. Normala juga digandingkan bersama Allahyarham Aziz Desa sebagai pengacara rancangan Seulas Pinang. Turut berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie (2001), Idola (2002), Gerak Khas The Movie II (2002) dan Neon (2003).

Sumber BangNara.

 
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post