"Untung arwah Suhaimi Saad dapat anak yang soleh, pandai ngaji, urus jenazah ayah"



Penyanyi Suhaimi Saad telah pun pergi buat selamanya. Pemergiannya telah menimbulkan kesan kepada orang ramai apabila melihat ketenangan balunya, Ina Naim dan juga anak-anak. 

Antara yang turut menjadi tumpuan ialah anak sulung Suhaimi dan juga Ina iaitu Ehmad Hadie Elfardie yang kini berumur 15 tahun. 

Hadie Elfardie merupakan individu yang menjadi imam untuk solat jenazah bapanya. 

Akhlak yang baik serta sikap yang dipaparkan membuatkan ramai mengakui arwah Suhaimi Saad berjaya mendidik anaknya dengan baik. 

Selain menjadi imam, Hadie Elfardie juga dikatakan pandai mengaji dan amat pandai baba agama. 

Bertemu media, Hadie Elfardi memberitahu beberapa pesanan terakhir dari arwah bapanya itu. 

“Ayah berpesan supaya anak-anak uruskan yang urusakan jenazahnya.” 

“Pesanannya jika ayah dah tak ada nanti, anak yang mandikan ayah, solatkan ayah.”  

“Syukur alhamdulillah, semua itu sudah selesaikan, dah pun dilakukan.” 

Selain itu, Suhaimi turt berpesa anak-anak terus pegang kepada ajaran agama dengan teguh.  

“Ayah juga meminta supaya saya dan adik-adik sentiasa menjaga solat dan jangan tinggal mengaji.” 

Bercerita tentang bagaimana hubungan dengan ayah semasa hidup, Hadie Elfardi berkata, semua anak-anak amat rapat dengan Suhaimi Saad.  

“Kami semua anak-anak begitu rapat dengan ayah. Hari-hari ada kenangan terindah bersama ayah.” 

“Ada saja perkara seronok yang kami lakukan bersama ayah.” 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui Suhaimi Saad dan Ina Naim berjaya mendidik anak dengan baik. 

Ini antara komen dari netizen. 

“Bertuahnya Ina Naim dan Shuhaimi Saad mempunyai anak soleh.” 

“Dulu ada ornag asyik mengata dia tak hantar anak sekolah, sekarang ni, anak dia jadi imam, boleh solat jenazah dia. Ada yang hantar anak sampai menara gading, belum tentu boleh imamkan jenazah ayahnya.” 

“Bagusnya, hebat didikan arwah dan juga Ina, lihat produk yang merek hasilkan, di akhirnya anak yang soleh lagi bagus dari harta dunia semata.” 

“Apabila arwah dah tak ada, baru kita nampak kehidupan itulah yang kehidupan membuatkannya mendapat isteri dan anak yang soleh solehah.” 

“Contoh anak yang dibanggakan apabila boleh mandi jenazah orang tua.” 

“Ini tiga amal kebaikkan yang akan kekal iaitu anak soleh, sedekah dan juga ilmu yang baik.” 

Itulah antara komen yang ditulis setelah menlihat sendiri ketenangan dan kekuatan keluarga arwah Suhaimi Saad.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post