"Dia kata bilik air tu Bocor..." Gempar.. Mayat wanita ditemui ditanam dlm simen di bilik Air..



Penduduk sekitar Kampung Pendamar, Pandamaran dekat sini gempar apabila mayat seorang wanita ditemui ditanam dalam simen di bilik air di sebuah rumah sewa dekat sini pada Ahad.

Seorang individu yang enggan dikenali berkata, dia mengetahui berkaitan penemuan mayat berkenaan selepas melihat kehadiran anggota polis dan bomba di hadapan rumah terbabit.
Anggota bomba sedang menjalankan kerja memecahkan kolam air yang disimen bagi mengeluarkan mangsa.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar lokasi kejadian mendapati suasana lengang dan penduduk sekitar rata-ratanya terkejut dengan kejadian terbabit.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kawasan ini belum pernah berlaku kejadian seumpama itu.

"Di kawasan ini ada warga asing yang menyewa, namun bilangannya tak ramai dan mereka tak pernah timbulkan sebarang masalah sebelum ini.

"Terkejut juga bila dengar ada kejadian macam ini, harap pihak polis dapat tangkap segera pelaku yang terlibat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat mangsa yang kita percaya merupakan wanita warga asing itu kini dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang," katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan dua lelaki warga asing untuk siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit.

[redirect url='https://shope.ee/1fsVnahM8u' sec='30']

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post