“Dia pergi pkul 4.30pm tadi..” Penyanyi Lagenda M Daud kilau Sah meninggal dunia .. Anak Dedah punca sebenar kematian Arwah..



PENYANYI Datuk M Daud Kilau meninggal dunia pada pukul 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, Perak pada Isnin.

Berita itu disahkan oleh anak lelakinya iaitu Ahmad Zaini Mohd Daud, 52, yang memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu.

“Ayah saya memang ada penyankit diabestes, darah tinggi dan jantung. Dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini sebab kesihatannya tidak stabil.


“Sejak tiga hari lalu keadaannya semakin teruk dan asyik meracau. Masalah kencing manis juga semakin merebak,” katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Zaini, doktor sepatutnya mahu melakukan pembedahan memotong kedua-dua kaki namun tidak dapat dilakukan kerana tekanan darah tidak stabil.

“Sepatutnya hari ini (Isnin) nak potong kedua-dua belah kaki sebab masalah diabetes. Tapi apabila doktor bius periksa, ia tidak boleh dilakukan sebab tekanan darah tidak stabil.

“Ini kali ketiga pembedahan ditangguhkan sebab masalah sama,” ujarnya.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak selepas solat Zohor, Selasa.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post