DIA pernah GAGAL mjadi suami, namun DIA akn berusaha utk TIDAK gagal menjadi AYAH...Nak Nanges Baca



Umum mengetahui, pelakon, Sharnaaz Ahmad telah menghabiskan masa dengan bercuti bersama kekasihnya, Amelia Christie dan bekas isterinya, Noor Nabila serta anak lelaki mereka, Jebat Jayden di Jepun, sejak 11 Disember lalu.

“Thank You Teman Baba Main Crane Game, Menang Banyak Hadiah…”

Terkini, Sharnaaz dilihat menitipkan ucapan istimewa buat putera tunggalnya serta video yang memaparkan Sharnaaz sedang menyikat rambut Jebat ketika bercuti di negara matahari terbit itu.

“Anak lelakiku Jebat Jayden Ahmad. Terima kasih untuk percutian ini, anda mempunyai hati yang sangat baik, luar dan dalam. Baba syukur ada anak yang bijak, pintar, lawak dan sihat.

Thank you teman baba main crane game, menang banyak hadiah. Main snow. The most beautiful thing in this trip is your time with me, not the location that matters.

Selagi boy ada sebelah baba, saya adalah lelaki yang paling bahagia di bumi ini, Saya lakukan semua ini untuk anda dan hanya anda.”-ucapan Sharnaaz buat Jebat

 

“Untung Jebat Dapat Baba Penyayang…”

Tinjauan Murai di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh dengan ucapan Sharnaaz buat Jebat, malah ramai yang memuji sikap pelakon ini yang sangat penyayang terhadap anak lelakinya itu.

“Mamu ni nampak je ganas, tapi memang penyayang. Untung la untie emiya 😂.”

“Anak-anak ni kejap je besar. tahu-tahu sikit lagi baba tolong siapkan jebat untuk nikah pulak 😢.”

“Huntong Jebat dapat baba penyayang ❤️.”

“He is such a good and clever boy. ❤️❤️❤️.”

“Sharnaaz Ahmad pernah gagal menjadi suami, namun dia akan berusaha untuk tidak gagal menjadi ayah..”

Sekadar info Jebat Jayden adalah hasil perkahwinan Sharnaaz Ahmad bersama Noor Nabila yang mendirikan rumah tangga tahun 2017.

Walaubagaimanapun, perkahwinan yang dibina tidak berkekalan selepas membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 2020.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post