"dia prgi menemui Mahi sbntr tdi..." Safawi Rasid sebak smpaikn khabar duka.



BAPA kepada pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid iaitu Rasid Sulong dilaporkan meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Safawi, 26, berkongsi berita sedih pemergian bapa tercinta itu menerusi Instastory miliknya.

Safawi memaklumkan berita sedih itu di Instastory.

"Assalamualaikum, mohon sedekahkan al-Fatihah kepada ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi (meninggal dunia) sebentar tadi dan semoga beliau dicucuri rahmat," katanya.

Safawi bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian bapanya itu.

Sementara itu, isteri Safawi iaitu Syifa Melvin atau Nur Syifa Atirah Amirol Melvin, 29, menerusi Instastory turut memuat naik foto bersama Allahyarham reda atas pemergian bapa mentuanya itu.

"Abah telah kembali ke negeri abadi, rehatlah abah sehingga berjumpa di syurga nanti. Al-Fatihah," ujarnya.

[redirect url='https://shope.ee/7zmT4hQUWv' sec='30']

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post