"Dia Sah Dibunuh.. Bila Check di leher & badan jumpa.."Tak sangka Bila bedah Siasat Polis Bongkar ini terjadi..




Kematian seorang kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya ditemui malam tadi di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai disahkan dibunuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan punca kematian kanak-kanak enam tahun itu selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Kata Hussein, hasil bedah menemui kesan kecederaan pada leher dan badan.

“Kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kecederaan dikesan pada leher dan badan,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam tadi, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dilaporkan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mematian mengejut (SDR) sebelum keputusan bedah siasat diperoleh.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang sejak tengah hari kelmarin dan kali terakhir ditemui adalah ketika memasuki kawasan belukar berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut di kawasan sekitar kelibat kanak-kanak itu dilihat.

Sumber: Kosmo Digital

 
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post