"Dia Tak puas hati motor bising..Dia lari lps Mangsa meninggal" Calon SPM maut dilanggar & diseret 1 kilometer..



IPOH - Seorang pelajar lelaki maut selepas dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dekat Meru dekat sini pada Jumaat.

Kejadian sekitar jam 12.30 itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal.

Difahamkan sebelum kejadian, berlaku insiden tidak puas hati membabitkan pemandu kereta dengan mangsa yang membuat bising motosikal.

Keadaan itu mengakibatkan, pemandu berusia 44 tahun yang dipercayai anggota polis bertindak mengejar mangsa sejauh hampir satu kilometer dan melanggarnya dari arah belakang.

Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dan terseret hampir 5 meter.

VIDEO:

Saksi kejadian memaklumkan, pemandu kereta jenis Perodua Ativa terbabit berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa, namun segera beredar apabila menyedari kehadiran orang awam.

Mangsa yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini bagi proses bedah siasat.

Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson turut hadir ke HRPB bagi menzahirkan rasa dukacita terhadap ahli keluarga mangsa atas kejadian itu.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post