"Ini rumah bersama tapi atas nama saya & mak dia. Rasa kelakar pun ada, macam perangai budak-budak" - HAJAR



Sengketa melibatkan rumah tangga pasangan pengasas kosmetik, Hajar Hanif dan suaminya masih belum berkesudahan. Dalam proses melalui prosiding di mahkamah bagi menentukan status lafaz taklik talak tiga, semalam Hajar telah pergi ke rumah mereka yang terletak di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan untuk mengambil barang-barangnya semula.

Kasihan huruf H yang tak bersalah…Rasa kelakar pun ada, macam perangai budak-budak
Akan tetapi, wanita ini amat terkejut kerana pagar rumah berkenaan sudah dimangga rapat oleh Mikhail menyebabkan dia tidak boleh masuk ke dalam. Bukan itu sahaja, malahan dekorasi huruf H (mewakili nama Hajar) yang sebelum ini menghiasi pagar kediaman itu juga telah dicabut tanpa pengetahuannya langsung.

@hajarhaniff

Kesian huruf H tak bersalah😩😩😩 Dalam rumah yang ada huruf H pun entah mana dibuangnya Kesian huruf H, dibuang buang dicampak campak hidupnya Sekian hidup huruf H, tapi tulah, aku nak H tu. Nak letak rumah baru🤣 bukan murah tau custom Rasa kelakar pun ada, macam perangai budak budak😂 Ingat kita takboleh buang ke huruf M tu?😩

♬ original sound - Hajar hanif

Ini rumah bersama tapi atas nama i dan mak dia…

Jelas Hajar, dahulu rumah berkenaan dibeli atas namanya dan juga ibu mentua. Namun selama ini, dia dan suami mengambil komitmen untuk membayarnya. Siapa menduga selepas beberapa tahun melayari rumah tangga dengan penuh bahagia, ujian sebegini hadir lantas menimbulkan banyak konflik.

 

Betapa penatnya cari duit, tapi dipusing cerita kata aku ‘melepet’

Tidak pernah berkira dan banyak berkorban selama bergelar isteri, Hajar kemudiannya mengungkapkan rasa sedih kerana dirinya ibarat dipandang seperti tidak pernah berbuat apa-apa. Walhal, dia juga sama-sama sudah berusaha keras dalam mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

KREDIT : TikTok Hajar Hanif & IG Hajar Hanif

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post