"kami pisah bkn sbb kewangn dan org ketiga.."- pernah cerai talak satu tpi rujuk semula, Akhirnya Beego dedah punca sebenar.



Pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim yang pernah bercerai pada Mac 2023, mengambil iktibar daripada apa yang terjadi untuk bersama-sama mempertahankan rumah tangga mereka.

Memetik laporan Harian Metro, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, mendedahkan penceraian dia dan isteri telah membuatkan mereka sedar bahawa komunikasi itu sangatlah penting dalam sesebuah hubungan.

Tambahnya lagi, Linda ada mengatakan sesuatu sehingga membuatnya tersedar untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bila rumah tangga kita dalam keadaan goyah, satu akan pergi manakala satu lagi akan kekal. Waktu itu saya yang pergi dan Linda masih setia di situ.

Linda minta saya kembali dan cakap sesuatu yang membuatkan saya tersedar untuk menyelamatkan rumah tangga. Ini bukan mengenai siapa salah atau siapa paling ego. Kita hanya perlukan seorang untuk berkata sesuatu kepada pasangannya.

Di akhirnya, yang akan melindungi keluarga kita hanya dua tangan kami sahaja. Tiada sesiapa boleh pecahkan keluarga kami. Jika kami tidak lindungi, siapa lagi?

Dalam pada itu, pelakon berusia 43 tahun itu tidak menafikan bahawa mereka kurang matang dalam menangani krisis rumah tangga.

Malah, dia turut memberitahu punca mereka berpisah hanyalah disebabkan masalah komunikasi bukan masalah kewangan ataupun orang ketiga.

Memang kami hanya diam-diam. Kami bukan berahsia cuma tidak suka menghebahkan. Orang dapat tahu pun apabila saya ada terserempak dengan Puteri Sarah semasa kesnya di mahkamah.

Mungkin kami pun belum cukup matang dan inilah fasa yang perlu saya hadapi. Kami berpisah pun bukan sebab kewangan atau orang ketiga. Ia hanya masalah komunikasi.

Sekadar info, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

Pasangan ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac yang lalu, namun, mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh edah pada 9 April lalu.

Sumber: Harian Metro

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post