Menitik AirMata, Sabri yunus sempat k0ngsi perubahan isteri. Ramai sebak tgk Reaksi Angeline Tan.



Pasangan pelakon Sabri Yunus dan isteri, Angeline Tan berangkat menunaikan umrah pada minggu lalu selepas hampir tiga bulan bergelar suami isteri.

Air mata di Tanah Suci

Menerusi perkongsian di TikTok, Sabri memuat naik video yang memaparkan isterinya sedang menadah tangan memohon doa di hadapan Kaabah.

Angeline Tan yang pertama kali menjejakkan kaki ke Makkah kelihatan sebak serta air matanya bergenang ketika memanjatkan doa.

Air matamu air mataku jua. Semoga Allah memelihara kita.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa syukur kerana pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu dipilih menjadi tetamu Allah.

Dalam pada itu, mereka juga turut mendoakan agar urusan ibadah pasangan selebriti tersebut dipermudahkan.

Syukur padamu Ya Allah, semoga Allah merahmati dan memberkati mereka semua. Amin.

Allahuakbar, hebatnya percaturan Allah, di akhir usia Allah bukakan pintu hatinya.

Syukur Ya Allah. Kau berkatilah kedua-dua insan yang sangat aku sanjungi ini. Kau permudahkanlah semua urusan mereka berdua Ya Allah.

Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu.

Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992.

Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Walau bagaimanapun, Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.

Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

@sabriiyunus♬ original sound - Sabri Yunus

Sumber: TikTok Sabri Yunus

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post