"MUNGKIN BESAR UJIAN DIA YG BUAT DIA JADI MACAMNI." - DIDIE ALIAS SEBAK DENGAR INSAN ISTIMEWA NYANYI LAGU JERAT PERCINTAAN



Meninjau akaun Tiktok ctajoy dan Didie Alias, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Didie bersama teamnya sedang menjamu selera di sebuah restoran. Mereka didatangi oleh seorang wanita istimewa yang menghiburkan mereka semua dengan nyanyian yang merdu.

Wanita ini kelihatan tidak terurus, namun tidak lokek dengan senyuman. Menyanyikan lagu dendangan asal Dato’ Seri Siti Nurhaliza, alunan suaranya itu mendapat sorakan daripada Didie dan team. Meriah suasana di restoran dengan sesi karaoke ini.

Sikap Didie yang menyantuni dan melayani wanita ini dengan baik mendapat pujian ramai. Bukan semua selebriti sudi melayani insan istimewa sebegini. Insan sebegini juga ingin merasai diraikan dan tidak disisihkan daripada masyarakat kerana kekurangan mereka.

Dari suasana yang penuh ceria, Didie tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika wanita ini menyanyi lagu Jerat Percintaan. Feelingnya itu seperti menceritakan kisah kehidupannya yang tidak ada siapa yang tahu. Yang mendengar suaranya dan cara wanita ini menyanyi dapat merasai sesuatu.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@ctajoy #sayangisesamakita #merekajugainginbahagia #allahuakhbar❤الله #allahummashollialasayyidinamuhammad🤲🤲🥰 #waalaalisayyidinamuhammad #fypシ #fypシ゚viral #fyp ♬ original sound - 🔺ct ajoy 🔺

@mumydidiealias Korang mesti ade feeling mcm mumy,kena tgk sampai habis taw..Insan istimewa nie..Jangan nangis taw😭 Tqsm @D'Jesselton Sabah for the video.. @Sakinah vs ondu #stylofest #syurgashopping #familykarnival #untyuntytiktok #styloprihatin #gengmasukair #styloprihatin #fyp #fypage #fypシ゚viral ♬ original sound - mumydidiealias

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Dalam ketawa dia tersembunyi besarnya penderitaan yg dlalui . ada cerita tersirat disebalik kehidupan dia dimasa lalu tu kak.. ”

” Sedih tengok dia.. nape aku ikut nangis ni.. terasa sebak.. MCM lagu tentang diri dia.. senyuman penuh makna,luahan hati melalui lagu, buat akk menangis.. ”

” Dia menyanyi kita sedih smpi mengalir air mata. tok ti menyanyi pun kita tak mengalir airmata. mungkin sb mengenangkn nasib insan istimewa ni.. ”

” Aku nangis weh. dari smlm asyik ulang tgk..tetap air mata mengalir. nangis teresak esak masa mamy didi genggam tangan dia sedih.. ”

” 3 kali dah tgok video akak ni, 3 kali juga aku menanggis.. Allahuakbar semoga akak sihat2 selalu.. ”

” Nyanyian dia dari hati, sebab tu sampai pada kita.. sedih dia hanya Allah yg tahu. gk dari reaksi dy.. dy sbnrnya seorang pemalu dan manja… mgkin ada sesuatu yg tlh di lalui shingga dy ditakdirkan begini.. ”

” Sedih tengok dia menghayati lirik lagu tokti, kita tdak tahu apa di sebalik senyuman dia ketika menyanyi.. ”

” Ulang2 saya tgk.. sedeh dan terharu bercampur2.. semoga dilimpah oan rezeki mumy n si dia yg menyanyi.. dilindungi Allah selalu.. ”

Nyanyian yang menyentuh hati tidak hanya Didie dan geng di sana tetapi juga warganet yang menonton. Didie turut menyerahkan sejumlah wang yang dikumpul bersama team dan diserahkan kepada wanita ini untuk perbelanjaannya. Semoga wanita ini sentiasa dalam lindungan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ct Ajoy, Tiktok mumydidiealias

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post