"Ni baru betul, tiba msa kahwin baru tahu.."- Sekali lafaz, Syafie Naswip sah bergelar suami kpd Afiqah Ishak.



PERTEMUAN di lokasi penggambaran drama Cempaka Melati dua tahun lalu menjadi permulaan bibit percintaan di antara pelakon Syafie Naswip dan isteri Nur Afiqah Ishak.

Kata Syafie atau Muhammad Syafie Naswip, 31, hubungan mereka mula rapat beberapa bulan selepas tamat penggambaran drama tersebut sebelum melangsungkan pertunangan.

"Kami sudah kenal dua tahun lalu. Selepas berlakon sama, kami mula rapat. Kami berjumpa dan secara perlahan-lahan terbit rasa suka.

Syafie dan isteri bernikah selepas dua tahun berkenalan.

"Lepas enam bulan berjumpa barulah kami bertunang," katanya kepada mStar.

Pada pagi Sabtu, Syafie sah bergelar suami kepada Afiqah dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Putrajaya.

Merahsiakan tentang hubungan dan majlis pernikahan tersebut, bagi aktor ini dia lebih selesa agar kisah peribadi tidak menjadi perhatian umum.

Berkongsi perasaan hari bahagia, Syafie akui gementar saat dia diijab kabulkan dengan Afiqah.

"Apabila usia semakin meningkat, saya mula sedar kisah seperti ini hanya orang terdekat sahaja perlu tahu. Biarlah keluarga serta kawan-kawan yang ada ketika susah dan senang sahaja tahu.

"Rasanya masih tidak percaya sudah bergelar suami orang. Tapi sekarang rasa lebih tenang kerana sebelum bernikah jantung seperti nak gugur," ujarnya.

Biarlah keluarga serta kawan-kawan yang ada ketika susah dan senang sahaja tahu

SYAFIE NASWIP

PELAKON

Akad nikah pasangan itu disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ishak Hamzah dan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Agama Islam Selangor Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.

Pada majlis berkenaan, Syafie menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 berserta wang hantaran bernilai RM15,000.

Majlis tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat.

Manis Syafie dan isteri mengenakan persalinan berona putih di hari pernikahan.

Bercakap soal cahaya mata, pasangan ini tidak pernah meletakkan sebarang perancangan dan hanya berserah kepada rezeki.

"Kalau dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat kami terima sahaja. Kami tidak mahu merancang.

"Walaupun majlis ini tidak ramai yang datang, tetapi peminat masih boleh saksikan secara langsung di laman sosial saya.

"Terima kasih kepada mereka semua dan terus doakan kebahagiaan kami," jelasnya.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post