"Pak cik baju hijau tu follow pihak polis ketuk rumah ke rumah bersama suami saya" - Penduduk



Tiada angin tiada ribut, seorang lelaki berbaju hijau yang terlibat dalam misi pencarian Adik Zayn Rayyan beberapa hari lalu menjadi perbualan hangat di aplikasi TikTok. Menerusi video detik-detik tubuh anak syurga itu ditemukan malam Rabu lalu, individu berkenaan dilihat berpatah balik dari arah sungai di saat orang lain sedang meluru ke lokasi kejadian (durasi saat ke 00.14 ke 00.18)

@suhadanazry Syurga tempat mu adik zayn #zaynrayyan #anakautism #kanakkanakhilang #masukberandafyp ♬ original sound - Nurul Suhada Nazry

Polis suruh keluar kawasan kejadian supaya tak ganggu kerja polis

Siapa sangka, hal itu malah mengundang rasa curiga sehingga wujud prasangka yang melabelkan ‘Abang Baju Hijau’ sebagai suspek jenayah penganiayaan menyayat hati ini.  Akan tetapi, pihak keluarga segera menafikan tanggapan buruk orang ramai. Jelas Saudari Ayuni, ayahnya bertindak meninggalkan kawasan kejadian atas arahan pihak polis.

Mereka antara yang terawal pergi ke lokasi kejadian…Dah siap tengok naiklah atas

Selain itu, seorang lagi penduduk juga mengesahkan lelaki baju hijau itu mengikuti pemeriksaan dari rumah ke rumah bersama pihak polis. Tindakan dia berpatah balik dari lokasi kejadian juga atas alasan yang sama iaitu demi mematuhi arahan pihak polis dan langsung tiada sebarang motif lain. Justeru melalui penerangan ini, orang ramai diingatkan supaya tidak berlebihan dalam bersangka-sangka apalagi hal sebegini boleh mencetuskan fitnah.

Suspek meletakkan tubuh Rayyan di sungai ketika hujan lebat melalui jalan tikus

Hasil siasatan sejak minggu lalu, polis berkata semua petunjuk yang dikumpulkan menjurus kepada seorang suspek. Kini mereka sedang menganalisis rakaman dashcam yang dipercayai mempunyai pergerakan imej ‘seseorang’.

KREDIT : TikTok SARINAKASIMNurul Suhada Nazry & Mama Adel Ps

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post