Pengantin pun dah share video bukti masa hari kejadian. So yang kecam tu, fikir-fikirkanlah.



Sekitar 2 hari lalu, sebuah video menyaksikan pasangan pengantin disatukan dalam sebuah rumah Allah telah tular di media sosial. Kebetulan, di belakang mereka juga turut terlihat beberapa orang jemaah sedang melaksanakan solat jenazah untuk seorang individu yang telah kembali ke ‘Negeri Abadi’.

@hellokeeyo

Jodoh & Ajal Semoga kita dikurniakan yg baik-baik.

♬ suara asli - DiaryNiki

Netizen tinggalkan komen keterlaluan & tanggapan buruk kepada pengantin

Tanpa mengetahui kisah sebenar, segelintir netizen bertindak memberikan kecaman buruk tanpa menghiraukan perasaan pihak mempelai. Ini termasuklah dakwaan kononnya pengantin ini tidak menunjukkan rasa hormat kepada jemaah di belakang.

Janganlah buat sebarang spekulasi tanpa tahu pucuk & pangkal

Bagi memperbetulkan salah faham, rakan kepada pengantin sendiri tampil menjelaskan hal sebenar. Sebagai orang yang berada di sana, dia berkata sebenarnya pihak mempelai sudah sampai lebih awal di sana dan barulah kumpulan jemaah itu tiba. Mereka sendiri awalnya tidak menyedari hal tersebut kerana masing-masing fokus dengan pasangan tersebut di hadapan.

Ko kat tempat kejadian ke? Ayat tu tolong jaga sikit…Pengantin sampai dulu & dah siap lafaz

Pengantin lelaki sendiri turut bersuara menerusi ruangan komen individu yang membuat tuduhan melulu. Jelas Abu Hassan, waktu itu mereka sudah pun selesai urusan lafaz akad nikah dan barulah jemaah di belakang masuk ke dalam ruangan tersebut. Berikut adalah bukti video rombongan pengantin tiba dahulu di sana :

@abuhasanalhafiz Replying to @shzw_ ♬ original sound - abuhasan

KREDIT : TikTok Hellokeeyo, Abuhassan & ZULKARNAIN

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post