"Permohonan maaf untk.." Akhirnya Gadis ni tampil kisah sebenar yg jadi.



Beberapa hari lalu, video seorang wanita berbaju hijau yang berjalan kaki di tepi jalan raya telah tular ke serata media sosial. Di bahagian sisi juga, terlihat seorang lelaki setia mengekorinya secara perlahan dengan menaiki kereta Waja berwarna kelabu. Hingga kini, status pasangan itu masih belum dapat dipastikan lagi.

Saya rekod sebab situasi depan saya tu sangat rare..Saya pernah mengalami

Akan tetapi, individu yang merakam situasi berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada abang dan kakak berkenaan. Jelas wanita bernama Fiedha, dia langsung tiada niat mengaibkan sesiapa ketika rakaman itu dikongsikan ke media TikTok. Berlaku di Kota Masai, Pasir Gudang, Johor, Fiedha berkata mulanya dia cuma mahu merakam keadaan sekeliling secara random untuk dikongsikan ke IG Story sementara menunggu ibunya selesai membeli barang.

Ada 2 lelaki Pakistan lalu sebelah saya tengah kopek aiskrim sama-sama…Amboi sweetnya

Kebetulan, dia terlihat 2 orang lelaki warga Pakistan sedang makan aiskrim bersama-sama. Merasakan ‘pemandangan’ itu agak menarik, Fiedha terus merakam dengan telefonnya sebelum menyedari rupanya ada kereta Waja sedang mengikuti wanita berbaju kurung itu dari sisi. Hanya memuatnaik video itu secara suka-suka, Fiedha langsung tidak menyangka ia telah viral 1 Malaysia dalam sekelip mata.

Saya doakan abang kakak, kalau belum kahwin, semoga dipermudahkan next step

Di sebalik komen lawak dan menggamit kenangan, rupanya ada segelintir netizen yang mengecam video berkenaan. Justeru di sini, Fiedha sekali lagi meminta maaf kepada mereka berdua selain berharap semoga urusan pasangan itu dipermudahkan kelak.

@fiedhacoway Dah terjawab siapa 2orang lelaki yang jalan sekali . walaupun tidak disuruh permohanan maaf tapi saya tetap buat untuk abang akak πŸ™πŸΎ lagi sekali permohanan maaf akak and abang waja sebab record tanpa izin πŸ™πŸΎ walaupun muka and no plate tak jelas .. tu kalau saya mengaku saya pun orang caye tauu hehe . moga dipermudahkan urusan nya #perempuan #merajuk #jalankaki #ownerrecordvideo #fyp ♬ Versi_Bila kekasih merajuk - ꧁ 𝑹.π’Œπ’‚π’š_π‘Άπ’‡π’‡π’Šπ’„π’Šπ’‚π’ ꧂

KREDIT : TikTok Fiedha Coway

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post