"Perut ditvsuk, bayi 3 bulan mniggal dipkul ibu bapa kandung.." Tak sangka mereka mengaku ini punca.



Seorang bayi berusia tiga bulan dilaporkan meninggal dunia selepas menjadi mangsa dera ibu bapa kandungnya dalam satu kejadian di Indonesia.

Bayi 3 bulan maut, didera ibu bapa

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Sindonews, penderaan itu dilakukan kedua-dua suspek sejak bulan Ogos hingga Oktober lalu. Menerusi siasatan awal mendapati, sejak dilahirkan, mangsa diasuh oleh keluarga angkatnya namun baru-baru ini, dia telah dijaga oleh ibu bapa kandungnya. Tetapi lain pula yang jadinya apabila mangsa sebaliknya didera dengan teruk sehingga mengakibatkan kematian.

Menurut sumber, kejadian itu dipercayai berpunca kerana kedua-dua suspek tidak tahan dengan mangsa yang sering menangis. Hasil bedah siasat mendapat terdapat kesan tusukan pada perut selain terdapat beberapa kesan luka pada seluruh tubuh badan mangsa.

Susulan daripada itu, ibu bapa kandung mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan dan polis turut merampas beberapa barang bukti yang dipercayai digunakan suspek dalam penganiayaan tersebut.

Sumber: Sindonews

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post