"Ramai tertipu dgn luaran..konon kerja pagi ke mlm" ckup 1tahun kahwin.. Isteri dedah perangai sebenar Abg Viva...


Tiada angin, tiada ribut, rumah tangga Abang Viva dan isterinya, Evanoza Zakaria kembali menjadi perhatian pengikut sejak semalam. Kerisauan netizen tercetus selepas kedua-duanya didakwa saling membalas status panjang di media sosial TikTok masing-masing.

Nak aku senaraikan pengorbanan aku, tak tersenarai…Carila yang lebih baik

Awalnya, Evan terlebih dahulu berkongsikan luahan dan kekecewaan mengenai hal pengorbanan. Di hujung ayat, dia juga sempat menyatakan rasa penat dan meminta ‘si dia’ mencari pengganti lantaran merasakan dirinya tidak cukup baik.

Apa yang berlaku di sebaliknya orang tak tahu, contohnya********…Taknak cakaplah… #ramaitertipudenganluaran

1 jam kemudian, Abang Viva melalui TikTok rasminya turut dilihat memuat naik kenyataan panjang berkenaan pengorbanan. Tidak pasti apakah yang dimaksudkan olehnya, namun dia menyifatkan terkadang apa yang dipaparkan secara luaran nyata berbeza dengan hakikat sebenar.

Eva kemudiannya dilihat menitipkan sebuah komen balas sebelum aktivis sukarelawan banjir itu berkata mahu live bersama untuk memberitahu perkara penting.

Dok lawan status takkan pernah selesai…Harap selesaikan dengan baik

Melihat keadaan tersebut, netizen doakan semoga pasangan ini dapat menyelesaikan apa jua kemelut yang sedang berlaku antara mereka. Rumah tangga mana tak dilanda badai, mereka terus memberikan kata-kata semangat kepada Abang Viva dan isteri.

KREDIT : TikTok Abang Viva Official & Evanoza D Sini

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post