Suami sebelum ni hanya tumpang kemewahan isteri? Tk sangka ni jumlah Aset sebenar Aisyah



Pasangan pempengaruh dan usahawan, Aisyah Hijanah serta Alif Teega menjadi topik hangat selepas Alif mengaku berkahwin dua.

Sebelum itu, Aisyah ada mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga yang merupakan pekerjanya sendiri.

Terbaru, pempengaruh ini memaklumkan dia telah membuat perjanjian dengan suami untuk memindahkan aset harta sepencarian 100% kepadanya.

Bagi yang tak tahu, Aisyah bergelar isteri kepada Alif di usia muda iaitu 19 tahun. Ketika itu, Aisyah sedang belajar untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lepas kahwin, pasangan ini mengembangkan hobi menulis dengan menghasilkan buku dan terjual lebih 150,000 naskah.

Dengan modal yang ada, Aisyah kemudian terjun ke industri fesyen dan menggunakan cuti semester untuk mencari abaya di Dubai.

Masa belajar itu juga, Aisyah mencuri masa untuk cari kain di China dan mulakan sesi photoshoot pada waktu malam.

Pada hujung minggu pula, pasangan ini sibuk dengan undangan sesi talk di universiti-universiti seluruh negara.

Ha perniagaan yang dulunya dibuat dari rumah je kemudian berkembang kepada kedai. Habis je kelas, Aisyah akan masuk office uruskan bisnes pula!

Pasangan ini diberikan rezeki anak sulung semasa Aisyah di tahun akhir pengajian. Aisyah terpaksa masuk kelas secara online sebab tengah berpantang dan hari kedua bersalin dah join discussion untuk thesis.

Walaupun sibuk uruskan anak dan bisnes, pempengaruh ini buktikan dirinya mampu tamatkan pengajian on time.

Nak tahu apa rahsia kejayaan Aisyah? Baca tips yang diberikan ini.

Segala titik peluh yang bermula dari ‘kosong’ ini kini menjadi milik Aisyah Hijanah sepenuhnya. Semoga terus berjaya di masa akan datang!

Kredit: Instagram Aisyah Hijanah

 
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post