Tahniah, sama cantik sama padan.. Syafiq & Mimi sahkn akan nikah? Ini buktinya..



Peminat pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle hari ini boleh senyum lebar selepas pasangan selebriti ni bagi hint akan berkahwin tak lama lagi.

Perkara itu dapat dilihat apabila mereka berdua berkongsi gambar dengan kapsyen yang sama ketika sedang mencuba baju di sebuah premis.

Menanti untuk berkongsi momen indah bersama..

Walaupun mereka tidak kongsikan gambar bersama tapi memang dah nampak sangat mereka berada di tempat dan waktu yang sama.

Apapun, sangkaan ini disahkan Astro Gempak di Instagram apabila memuat naik gambar Mimi sedang menangkap gambar Syafiq.

Sebelum ini, Mimi dan Syafiq menjadi bualan hangat peminat selepas tular video mempamerkan kedua-duanya sedang makan bersama dan mereka kemudian mengaku sudah berbaik.

Kredit: Instagram

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post