Bapa Usia 80 Tahun Jaga Anak Lelaki Kurang Waras, Hembus Nafas Terakhir Semalam

 


Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa. Beberapa hari lalu menerusi TikTok @temenbaik, kisah seorang warga emas bernama Tok Walidi yang tabah menjaga anak lelakinya, Bambang cukup meruntun jiwa ramai. Di usia 80 tahun, dia terpaksa melalui kehidupan yang cukup getir demi menyara kehidupan mereka 2 beranak.

Bambang terpaksa dibawa ketika keluar berjualan kerana risau larikan diri ke mana-mana

Walaupun sudah dewasa, Tok Walidi terpaksa membawa Bambang ke mana-mana saja memandangkan pemuda itu mempunyai masalah gangguan jiwa. Bayangkan dengan kudrat yang semakin lemah, Tok Walidi akan keluar berniaga diikuti oleh Bambang sambil mendorong basikal usangnya. Kais pagi makan, kais petang makan petang. Hasil jualan yang tidak seberapa sekadar cukup untuk mengisi perut mereka 1 kali sehari berlaukkan sayur rebus kosong.

Hembus nafas terakhir semalam…Semoga Tok Walidi diberikan tempat terbaik di sisi-Nya

@temenbaik.com Bikin Nangis 😭😭😭 #salingjaga #fypdonggggggg #fyp ♬ Ayah - Seventeen

Dengan pendapatan yang tidak menentu, Tok Walidi dan Bambang juga terpaksa tinggal dalam sebuah rumah cukup usang. Itulah satu-satunya ‘syurga’ untuk mereka berteduh walaupun keadaanya sudah cukup teruk. Kutipan dana orang awam sudah pun dibuat, namun siapa sangka netizen dikejutkan dengan berita pemergian Tok Walidi pada semalam.

Sabar ya, bapa dah tiada ya…Ini Bambang ya kawan-kawan…Semua jiran dah ziarah ke rumah

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh jirannya, Bambang terlihat seperti tidak mengerti apa-apa ketika diberitahu bapanya sudah tiada. Bakal tinggal dengan siapa selepas ini, hal tersebut masih belum dapat dipastikan lagi.

@upin_0221 Membalas @arieello #kakekwalidimeninggal #kakekwalidi #bambanganakkakekwalidi #fyppppppppppppppppppppppp #follow #followme ##followme #followfolback ♬ suara asli - ᴜᴘɪɴ_0221

KREDIT : TikTok temenbaik & Upin_0221

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post