Comelnya. Pelakon Yana Samsudin Selamat Bersalin. Dedah Wajah, Jantina Anak Buat Ramai Doakan

 


PELAKON Yana Samsudin meluahkan rasa syukur apabila selamat melahirkan anak ketiganya meskipun sebelum ini melalui fasa hormon tidak stabil dan menghidap praeklampsia iaitu penyakit darah tinggi buat ibu hamil.

Bagaimanapun, Yana atau Nurliana Samsudin, 40, tidak berkongsikan dengan lebih terperinci berkenaan tarikh dan juga berat bayi lelakinya itu.

"Alhamdulillah syukur. Akhirnya bayi lelaki selamat dilahirkan selepas hormon dah kacau bilau sebelum ini.

"Lepas empat hari dekat hospital itu hari, BP (tekanan darah) masih tidak stabil dari 140 sampai ke 170.

"Suami putuskan nak minta keluar juga dari hospital lepas bersalin walaupun BP tinggi," katanya.

Yana memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Instagramnya pada Khamis.

Aktres itu juga meluahkan rasa terharu apabila suaminya Fadzil Zahari membuat kejutan dengan membawakan ke satu pusat penjagaan buat ibu bersalin.

Yana menjelaskan, Fadzil menghantarnya ke pusat tersebut kerana mahu mengubah persekitaran dan juga ingin sentiasa dibawah pengawasan jururawat.

"Masa masuk dalam kereta Yana cakap baju baby tak beli lagi, baru ada dua set. Yana pun baru teringat nak beli pad dan kelengkapan ibu bersalin semua. Dia cakap tak payah beli semua itu.

"Rupanya suami buat kejutan. Dia bawa ke KLC Post Natal Care. Tak terfikir Yana akan berpantang di sini.

Apa alasan dia hantar dekat sini sebab dia nak ubah perskitaran Yana. Nak Yana selesa macam lepak rumah santai tengok cerita sahaja. Ada jururawat jaga 24 jam untuk ibu dan baby. Makan pakai semua siap. Tidak perlu fikir apa-apa," ujarnya.

Akhirnya bayi lelaki selamat dilahirkan selepas hormon dah kacau bilau sebelum ini.

YANA SAMSUDIN

PELAKON

Dalam masa sama, Yana juga sempat bertanyakan mengapa suaminya itu tidak memeluk dan menenangkannya ketika sedang keadaan marah akibat anak-anaknya yang bermain dengan kotoran.

Jelas Yana, Fadzil enggan berbuat demikian kerana keadaannya ketika itu sangat garang dan takut dimarahi.

"Kita tanya kenapa tak peluk Yana masa saya marah sangat malam itu, dia cakap #KakYong garang sangat, nanti dia pun kena marah sekali.

"Tapi Yana dah minta maaf dah sebelum bersalin masa tu. Kita bukan materialistik, Yana juga manusia biasa, ada perasaan dan ada ketika Yana tak perasan sensitif tiba-tiba," katanya.

Hasil perkahwinan, pasangan ini sebelum ini mempunyai dua cahaya mata.

Sebelum ini, Yana terpaksa dikejarkan ke hospital dan disahkan menghidap praeklampsia.

Berkongsi punca diserang penyakit itu, Yana berkata ia bermula selepas dua anaknya iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea berkelakuan terlalu aktif sehingga menyebabkan dia tertekan.

Untuk info, hasil perkahwinan Yana dan Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen, 8, dan Aura Aisy Sofea, 4.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post