Disamakan macam cucu dengan nenek, Jasmin Hamid anggap kahwin lelaki muda rezeki

 


PELAKON Jasmin Hamid menyelar tindakan netizen mengatakan dia bersama suami, Nazmir Abd Rahim tidak sepadan sebaliknya menyamakan mereka seperti cucu dan nenek.

Bengang dengan perkara tersebut, Jasmin, 52, menganggap individu berkenaan seorang busuk hati yang cemburu dengan kebahagiaannya.

"Astagfirullahaladzim, azabnya mulut awak ini. Apa salah saya dekat awak? Awak sudahlah bukan pengikut media sosial saya.

Jasmin kekal tenang terima komen negatif netizen.

"Masuk tempat saya tinggalkan komen macam ini. Awak tahu tak awak dah sakitkan hati saya dan paling penting awak telah menidakkan kebesaran Allah," katanya.

Jasmin berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya pada petang Sabtu bagi membalas semula komen netizen.

"Nenek dengan cucu," kata netizen berkenaan.

Kata Jasmin, perkahwinan bersama suami yang jauh lebih muda dari usianya adalah rezeki yang Allah SWT berikan kepadanya.

Malah dia memilih untuk memaafkan individu tersebut meskipun kecewa dengan kata-kata berkenaan.

"Awak lupa ya, jodoh ajal dan maut... rezekinya semua dekat tangan Allah macam itu juga saya bila dijodohkan suami muda itu adalah rezeki saya dan kententuan Allah.

Jasmin dan Nazmir mendirikan rumah tangga pada 2021.

"Tak apa saya maafkan kekhilafan awak dan saya doakan awak menjadi manusia yang lebih baik," ujarnya.

Untuk rekod, Jasmin dan Nazmir mendirikan rumah tangga pada November 2021.

Sebelum itu, Jasmin pernah mendirikan rumah tangga bersama Ian Rashid pada tahun 2000 dan berpisah pada 2008.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ian Haziq.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post