Dulu Mewahkan Isteri, Suami Ditinggal Lepas Nahas “Insurans Pun Dia Nak Kebas”

 


Andai pasangan ditakdirkan terlantar seumur hidup akibat masalah kesihatan, adakah anda sanggup bertahan dan terus berada di sisi mereka? Menjalani waktu senang bersama memang mudah, namun hanya yang betul-betul setia sahaja akan terus menjaga pasangan ketika ujian berat melanda.

Masa sihat Amir mewahkan…Dia cuma pandang duit, dia tak pandang usaha Amir

Malangnya menerusi kisah di bawah, seorang lelaki bernama Amir Haikal yang hidupnya berubah 100% setelah mengalami sebuah nahas jalan raya malah diabaikan oleh isterinya sendiri. Pendedahan tersebut dibuat sendiri oleh pihak keluarga Amir di TikTok yang akui sudah hilang sabar dengan sikap isterinya.

Takpelah Amir…Waktu sihat, kami saksi Amir dah buat yang terbaik untuk rumah tangga Amir

Difahamkan, sebelum ini Amir merupakan seorang suami baik dan suka membahagiakan isterinya. Namun siapa sangka, wanita berkenaan memilih untuk angkat kaki di saat Amir sedang melalui detik cukup sukar dalam hidupnya. Bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab, malah pihak keluarga mendakwa si isteri cuba mengambil duit pampasan insurans yang seharusnya digunakan untuk kebajikan Amir.

@abambeel

Semoga dipermudahkan urusan Amir haikal, xpe lah amir Allah tu maha adil,masa amir sihat kami saksi amir dah buat terbaik untuk rumah tangga amir, amir mewahkan isteri amir, amir beri segalanya apa yg dia nak,tapi dia cuma pandang duit amir dia x pandang usaha amir, sampai insurance kemalangan amir pun dia nak kebas semua x tinggal pun untuk amir,dia x jaga amir pun bila sakit,sampai susu pun dia x bg kat amir, maafkan abg sb post ni sb abg dah banyak bersabar, semoga amir sihat seperti sediakala Aminn🤲🏼

♬ original sound - Abambeel

Sesusah apa pun suami, saya akan tetap di sisi…Ujian tanda Allah sayang

Meraih lebih 2 juta tontonan, ramai netizen ikut sebak melihat ujian yang sedang ditanggung oleh lelaki tersebut. Selain berkongsi kisah hidup masing-masing, mereka turut mendoakan kesejahteraan Amir.

KREDIT : TikTok Abam Beel

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post