Gara-gara Trend Makanan Viral, Doktor Risau Makin Ramai Rakyat Malaysia Kurang Subur

 


Selepas tanghulu, crepe dan juga cromboloni, kini giliran Kek Tapak Kuda pula menjadi kegilaan ramai sejak ia viral di media sosial. Para peniaga turut mengambil peluang keemasan untuk menjual manisan tersebut dengan pelbagai inti atau topping yang berlambak-lambak tanpa mengira kadar penggunaan gula dalam produk. Bukan sahaja manisan, namun makanan bergoreng yang dituang dengan cheese leleh juga masih laris hingga sekarang.

Kita tengok content makanan sekarang…Ya Allah rakusnya…

Duit sendiri, terpulanglah mahu beli apa sekalipun, kan? Namun begitu, pendedahan daripada seorang petugas medik bernama Dr Irma Izzati mungkin boleh membuka mata kita semua mengenai realiti kesihatan rakyat Malaysia yang kian menggusarkan. Beliau akui risau apabila melihat semakin banyak content creator mempromosikan makanan tidak sihat tanpa mengambil kira tahap pemahaman atau penerimaan pengikut mereka yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Masing-masingnya seperti berlumba-lumba makan dengan gaya keterlaluan sehingga mengetepikan kesopanan menjamu rezeki.

Semakin banyak orang muda membanjiri klinik sekarang ni…Makin kurang subur

Bukan sahaja strok atau obesiti, malahan tabiat pemakanan tidak sihat seperti ini turut menjejaskan tahap kesuburan seseorang individu hinggak mengurangkan peluang mereka untuk mendapatkan zuriat. Semakin lama, semakin ramai golongan muda disahkan mengalami masalah kesihatan sebegitu. Berdasarkan pengalaman dahulu, beliau sendiri pernah menerima patient berusia awal 20-an yang disahkan diabetes tahap kedua.

Bila tengok video, dia tak boleh tahan nafsu…Rasa craving tengok orang makan

Bagi orang dewasa, pastinya mereka sudah mampu menilai baik buruk sesebuah konten food review. Namun untuk penonton di bawah umur, mereka mungkin tertarik untuk mencubanya setelah disajikan dengan visual kenikmatan segala makanan tersebut. Berbalik kepada asas dan saranan dalam agama, lebih baik segala benda dibuat secara sederhana termasuklah dalam konteks pengambilan makanan viral ini.

KREDIT : TikTok Dr Irma Izzati

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post