Ini Reaksi DJ Lin Bos Suria FM Lepas Netizen Kecam Dia Isu Tyzo Supaya Ramai Faham

 


Suria FM dengan ini mengumumkan bahawa khidmat penyampai Suria Petang, Tyzo Xander, sebagai penyampai Suria berakhir pada 12 Januari 2024.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), keputusan yang dibuat merupakan langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baru untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya.

Suria FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyzo di atas kerjasama yang diberikan sepanjang bersama Suria.

“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.

“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar. Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi," kata DJ Lin

DJ Lin turut berharap semua pencinta radio dan pendengar setia Suria terus menyokong Suria FM.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post