Insiden Lompat Jambatan, Anak Peniaga Kosmetik Luah Sayu “Papa Bakpo Wak Gini”

 


Dipercayai melompat dari Jambatan Tendong, Pasir Mas, Kelantan, tubuh seorang peniaga kosmetik, Norhisyam Ismail masih belum ditemui sehingga ke hari ini. Kejadian yang berlaku pada petang semalam itu cukup mengejutkan ahli keluarga serta adik beradik Norhisyam yang mengetahui khabar duka berkenaan menerusi media sosial.

Norhisyam terlihat baik-baik sahaja

Jelas Sukardi (menerusi @Harian Metro) yang merupakan abang kepada Norhisyam, selama ini mereka memang sudah lama tidak berjumpa dan hanya mengikuti perkembangan hidup masing-masing di media sosial. Keluarganya turut berkata lelaki berusia 43 tahun itu tidak menanggung masalah hutang dan tidak menunjukkan tanda-tanda masalah kesihatan mentaI.

Kereta ditinggalkan atas Jambatan Tendong

Sebelumnya, Norhisyam yang mengalami kerosakan kereta sempat menghubungi bapa mentuanya untuk datang ke Jambatan Tendong. Namun kelibatnya tidak kelihatan setelah tiba di sana. Saksi kemudiannya mendakwa terlihat lelaki terbabit sudah tenggelam timbul dalam sungai.

Kalau bab duit, kito ore tak makan pun takpo, asal papa ada depey mato kito ore…Cepat timbul Pa

Hiba dengan kehilangan bapa mereka, Tasya yang merupakan 1 daripada 4 beradik meluahkan rasa sedihnya di TikTok sejak semalam. Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma 3 bulan lagi, Tasya berharap bapanya akan dijumpai. Daripada video kenangan yang dipaparkan, mereka merupakan sebuah keluarga yang sangat bahagia.

@itsmetasyaa.__Papa bkp la wk gini ko kakak ,mama n adik2 ,kito ore nk rayo ng papa adik 1/2 ni cukup setahun dio xpuah lgi nk rsa kasih syey papa , klu bab duit kito ore xmkey xpo laaa asal papa ad depey mato kito ore🥰

♬ bunyi asal - tasyahisyam

@itsmetasyaa.__Rindu soro papa cepat timbul pa kakak ,adik2 mama gp nk kucup pa🥰

♬ bunyi asal - tasyahisyam

KREDIT : TikTok tasyahisyam & Portal Harian Metro

[redirect url='https://shope.ee/B4oLuiRuF' sec='30']

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post