JSPT Bukit Aman Siasat Polis Trafik ‘Minta RM100’

 


Pada hari semalam tular satu potongan klip video pasangan suami isteri dari United Kingdom (UK) diminta membayar ‘duit kopi’ sebanyak RM100 kepada seorang polis trafik selepas ditangkap memandu melebihi had laju.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pihaknya mengesan video mengenainya yang tular di media sosial hari ini.

Katanya, PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang kononnya menawarkan ‘diskaun’ saman trafik kepada pasangan warga asing ketika ditahan di lokasi kejadian.

Tonton video di bawah:

“Jam 4.30 petang hari ini, JSPT mengesan video tular di platform YouTube dan lain-lain media sosial mengenai tindakan anggota trafik menyaman dan menawarkan diskaun ke atas pasangan dari UK yang sedang melakukan edisi jelajah Malaysia itu.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan itu dan tidak akan bertoleransi ke atas anggota dan pegawai terbabit,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Potongan klip video yang menjadi bualan warganet itu diambil daripada YouTube TREAD the globe.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan pada video tersebut, ramai berasa malu apabila ada anggota menyalahgunakan kuasa yang ada untuk ‘makan pau’.

Orang ramai turut meminta pasangan UK itu pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung insiden terbabit.

Pada masa sama netizen meminta mereka menunjukkan wajah polis trafik yang meminta RM100 itu semasa membuat laporan. Sekaligus memudahkan pihak PDRM mengesan anggota terbabit dan mengenakan tindakan tegas.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post